Kawalan Keselamatan Statik Tanpa Senjata (Unarmed Static Guard).
Menyediakan pengawal berpakaian seragam untuk tugas mengawal premis
awam dan swasta tanpa mengunakan senjata api. Pengawal ini akan dilengkapkan
dengan peralatan kawalan keselamatan termasuk cotar dan peralatan perhubungan
jika diperlukan. Latihan mempertahankan diri dan cara-cara menghadapi situasi
kecemasan dan melawan kebakaran disediakan.
Kawalan Keselamatan Bersenjata (Armed Static Guard).
Menyediakan pengawal berpakaian seragam dan menggunakan senjata api bagi
tujuan mengawal premis-premis yang berisiko tinggi terutamanya yang berkaitan
dengan kutipan wang tunai, pusat penjualan barangan bernilai tinggi danpremis
yang ditakrifkan sebagai kawasan keselamatan atau larangan.
Pengawal Pengiring Bersenjata(Armed Escort).
Menyediakan pengawal berpakaian seragam dan bersenjata api bagi mengiringi
pergerakan pelanggan yang membawa wang tunai atau barangan bernilai tinggi
dengan menggunakan kenderaan mereka sendiri.
Pengawal Pengiring Kenderaan Bersenjata(Armed Car Escort).
Menyediakan kenderaan lengkap dengan pengawal berpakaian seragam / tanpa
pakaian seragam dan bersenjata api bagi mengiringi kenderaan pelanggan yang
membawa wang tunai atau barangan bernilai tinggi. Kenderaan akan dilengkapi
dengan alat perhubungan terkini, system pengesan kedudukan (GPRS) dan sistem
keselamatan berpusat.
Perkhidmatan Pemindahan Wang Tunai (Cash in Transit).
Menyediakan kenderaan berperisai lengkap dengan pengawal berpakaian
seragam bersenjata lengkap dengan system keselamatan bagi tujuan
pemindahan wang tunai.
Menyimpan Wang Waktu Malam (Night Vaulting).
Perkhidmatan menyimpan wang tunai bagi kutipan yang dibuat selepas bank
ditutup dan menyimpan ditempat yang selamat.
Rondaan Keselamatan (Security Patrolling).
Menyediakan pengawal bergerak dengan kenderaan bagi membuat rondaan
di premis-premis dan kawasan-kawasan yang perlu diawasi terutamanya
pada waktu malam.
Pengawal Peribadi (Body Guard).
Menyediakan pengawal peribadi yang terlatih dengan seni mempertahankan diri
dan boleh memandu bagi mengawal keselamatan individu-individu yang berisiko
tinggi terutamanya ahli-ahli politik dan perniagaan.
Anjing Pengawal (Dog Guard).
Menyediakan perkhidmatan anjing pengawal dengan menggunakan anjing-anjing
yang terlatih dan mempunyai sijil. Anjing-anjing ini akan dikawal selia oleh jurulatih
yang berpengalaman. Anjing-anjing dari jenis Alsatian, Rotweiler, German Shephard
dan Labrador sesuai digunakan bagi mengawal kawasan keselamatan yang luas
dan berisiko saperti empangan hidro, stesen janakuasa dan kawasan-kawasan yang
ditakrifkan sebagai kawasan keselamatan.
Penyiasatan Persendirian (Private Investigator).
Menyediakan pegawai dan penyiasat persendirian bagi pelanggan yang memerlukan
sesuatu siasatan dilakukan untuk sesuatu tujuan terutamanya syarikat-syarikat swasta
dan persendirian.
Peti Besi dan Bilik Kebal (Safes and Stronghold Rooms).
Menjual dan servis peti besi serta membina bilik kebal. Suria Security Services Sdn Bhd
adalah ajen sah bagi Chubb Malaysia Sdn Bhd. Chubb mempunyai kepakaran hampir
40 tahun didalam pembuatan peti besi dan bilik kebal.
Perkhidmatan kawalan ELEKTRONIK DANSISTEM PENGGERA BERPUSAT :
Perkhidmatan Sistem Pemantauan Berpusat (Central Monitoring System, CMS ).
Memberikan perkhidmatan, membekal, menyelenggara dan beroperasi dari bilik
kawalan bagi perkhidmatan CMS. Perkhidmatan ini sesuai digunakan bagi premis
yang menyimpan dan mengendalikan barangan yang bernilai dan berisiko tinggi
dari segi keselamatan.
Perkhidmatan Kamera Litar Tertutup(CCTV).
Memberikan perkhidmatan, membekal, menyelenggara dan operasi kawalan
bagi perkhidmatan CCTV. Perkhidmatan ini sesuai digunakan bagi setiap
premis seperti pejabat, rumah, kedai dan gedung membeli-belah.
Sistem Kawalan Laluan (Access Control System).
Memberikan perkhidmatan membekal dan menyelenggara sistem Kawalan Laluan
(Access Control System). Peralatan ini sesuai digunakan bagi setiap premis seperti
pejabat, rumah, kedai dan gedung membeli-belah.
Penggera Keselamatan & Sistem Automasi Rumah (Security Alarm & Home Automation Systems).
Memberikan perkhidmatan membekal dan menyelenggara sistem Penggera Keselamatan
dan Automasi Rumah. Peralatan ini sesuai digunakan bagi setiap premis seperti pejabat,
rumah, kedai dan gedung membeli-belah.
Sistem Rondaan Pengawal (Guard Tour System).
Memberikan perkhidmatan membekal dan menyelenggara sistem Rondaan
Pengawal (Guard Tour System). Peralatan ini sesuai digunakan bagi setiap
premis seperti kilang, kedai, gedung membeli-belah, pejabat, sekolah dsbnya.
Sistem Letak Kereta (Car Parking system).
Memberikan perkhidmatan membekal dan menyelenggara sistem Letak Kereta.
Peralatan ini sesuai digunakan bagi setiap premis saperti gedung membeli- belah,